Salam sejahtera,
Semalam saya telah berjumpa dengan teman lama yang telah lama terputus hubungan..tup tup masa tengah menunggu makanan yang di order saya telah terserempak dengan beliau…maka terkeluarlah segala cerita2 lama dan tak kurang hebatnya cerita2 baru…cerita punya cerita, akhirnya sampailah ke topik beli rumah baru..rupa2nya kawan saya ni baru sahaja membeli sebuah rumah siap di sekitar Bandar Baru Bangi…dan kebetulan saya ni ‘orang landskap’ maka banyaklah soalan2 yang berkaitan dengan landskap ditanyakan…al maklumlah kawan tengah teruja nak masuk rumah baru..kalau boleh katanya biarlah siap dengan landskap barulah dikatakan 'rumahku syurgaku'.. so di sini saya kongsikan tip-tip yang saya dah bagitau kat dia dan sekarang saya nak berkongsi pula dengan pembaca sekalian..
TIP PEMILIHAN TUMBUH-TUMBUHAN UNTUK LANDSKAP RUMAH ANDA.
Sebagai intro, saya nak bagitau anda, dalam pemilihan tumbuh-tumbuhan landskap ni banyak faktor perlu diambil kira. Antaranya ialah cuaca/iklim, masa yang anda sanggup habiskan untuk menyenggara tumbuh-tumbuhan tersebut, warna, saiz dan bermacam2 lagi. Ada sesetengah tumbuh-tumbuhan itu pula hanya mekar pada masa2 tertentu dan ada ketikanya anda perlu memberi perhatian khusus dalam musim-musim tertentu. So, di sini saya akan berkongsi beberapa pendekatan dalam pemilihan tumbuh-tumbuhan bagi landskap rumah anda:
1. Tentukan jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam cuaca/iklim di tempat tinggal anda.
Tumbuhan landskap yang anda pilih harus serasi dengan cuaca dan iklim di mana anda tinggal. Sebagai contoh, jika anda tinggal di kawasan tropika dengan cuaca panas, pokok palm lebih sesuai berbanding pokok pain yang hidup di kawasan yang bersalji dan bersuhu beku. Kalau anda kurang tau bab-bab pokok ni, anda boleh bertanyakan kepada pemilik nursery pokok atau tukang-tukang kebun tentang jenis-jenis pokok yang sesuai dengan iklim negara masing2. Anda juga boleh google kat internet.
2. Tentukan sama ada anda mahu tumbuh-tumbuhan yang memberi teduhan atau cahaya matahari untuk rumah anda
Pilihlah pokok yang tinggi dan rimbum jika anda inginkan rumah anda teduh dari cuaca panas terik atau anda inginkan rumah anda lebih privasi. Tetapi jika anda lebih sukakan cahaya matahari yang lebih memancar ke rumah pilihlah tumbuh-tumbuhan jenis shrub atau renek. Satu lagi perkara perlu diingatkan..pastikan juga sejauh mana pokok2 tersebut boleh membesar agak tidak melebihi had yang anda inginkan.
3. Pilih pokok yang anda ada masa untuk uruskan/selenggara.
Sesetengah baka tumbuhan mungkin memerlukan pemangkasan berterusan, air, dan lain-lain jenis penyelenggaraan; ada juga tumbuhan yang berkembang secara semula jadi dengan sedikit penyelenggaraan. Tentukan juga sama ada pokok yang ditanam memerlukan penyenggaraan tambahan atau tidak. Contohnya pokok seperti buluh yang akan meluruhkan daun dalam cuaca tertentu. So, anda kena kerja lebih sikit untuk menyapu..kalau rajin tak ada masalah. Apa-apapun anda boleh bertanyakan lebih lanjut di tapak nursery pokok yang anda kunjungi.
4. Tentukan sama ada anda ingin tumbuhan berwarna-warni di landskap anda.
Ada di antara kita yang suka sangat tumbuhan yang berwarna-warni atau spesis yang berbunga khususnya para wanita. Apa yang perlu anda lakukan adalah menentukan sama ada tumbuhan tersebut dapat mengekalkan warna/bunganya sepanjang masa atau bermusim. Pilihlah kombinasi warna yang kontras untuk menonjolkan efek yang menarik.
5. Pilih tumbuhan landskap yang tidak akan mengganggu asas rumah anda.
Sesetengah pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan boleh berkembang cukup besar di mana akar boleh berlanggar dan akan merosakkan beberapa bahagian rumah anda. Jika anda ingin juga menanam pokok yang berpotensi memberi impak negatif kepada asas rumah anda, maka tanamlah jauh sedikit.
PILIHAN DI TANGAN ANDA..
PILIHAN DI TANGAN ANDA..
No comments:
Post a Comment