Monday, January 14, 2013

BAGAIMANA UNTUK MEMASTIKAN POKOK HIDUP KETIKA ANDA BERCUTI

Tentu anda berasa risau apa akan terjadi kepada tanaman kesayangan anda ketika anda sekeluarga tiada di rumah untuk beberapa hari kan?...kalau ada jiran2 yg prihatin ok juga ye tak? tapi bagaimana kalau jiran anda seorang yg bongkak, tak ambil tahu hal jiran tetangga? atau mungkin anda salah seorang daripadanya...ops..jgn marah..saya hanya bergurau....
ok di sini saya akan berkongsi satu tips yang mudah dan murah untuk anda yang bakal meninggalkan tanaman kesayangan anda di rumah...iaitu SISTEM PENGAIRAN TITISAN AIR..
Kaedah ini merupakan penyelesaian yang murah kerana hanya memerlukan botol plastik bagi setiap tanaman. Ianya sesuai bagi anda yang berhasrat meninggalkan rumah dalam jangkamasa 3 hari...
Bagi tanaman berpasu, anda mungkin memerlukan 2 botol plastik (contoh : botol air mineral 500 ml) untuk memastikan air disebarkan secara sekata. Anda faham ke tak ni....ok  saya akan huraikan dengan lebih terperinci....
  1. Mula2 sediakan pasu yg ada tanaman di sebelah anda...sediakan juga sebuah botol mineral kosong.Siram pokok dalam pasu tadi bagi basah keseluruhannya…supaya tanah tepu dengan air….kenapa kena bagi tepu? sebab tak nak bagi botol plastic yg diisi dengan air nanti cepat kosong…
  2. Ambil botol mineral kosong tadi dan buka penutupnya..kemudian tebuk penutup tadi..(buat lubang kecil Isi botol plastic dengan air dan tutup semula dengan penutup yg telah ditebuk
  3. Korek tanah dalam pasu dan tanam botol plastik tadi dengan kedudukan tutup botol tertanam ke dalam tanah..
  4. Selesai.

Thursday, January 10, 2013

PENANAMAN RUMPUT DIY

Salam 1 Malaysia...

Syukur kepadaNya kerana pada hari ini saya masih diberi peluang untuk berkongsikan sesuatu yang bermanfaat kepada anda semua di hari Jumaat yang mulia ini...

Entry pada kali ini saya akan berkongsi teknik2 penanaman rumput yang betul untuk kediaman anda...kalau tapak tanah rumah kita sekakang kera bolehlah kita usahakan sendiri penanaman rumput ni ye tuan2 dan puan2 sekalian....kalau sekangkang dinosour mahu patah pinggang kita..hehe..apa2pun kepada anda yang mahu menanam sendiri rumput atau mahu ambil khidmat kontraktor landskap..tips ini boleh dijadikan panduan..

  1. Bersihkan kawasan di mana rumput akan ditanam...sapu2lah sampah sarap agar kawasan kelihatan bersih.
  2. Racunkan rumput lama yang terdapat di kawasan yang hendak ditanam dengan rumput baru. Biarkan beberapa hari sehingga rumput lama mati sepenuhnya...
  3. Korek tanah di keseluruhan tapak penanaman rumput lebih kurang 4-5 inci kedalamannya dan buang tanah lama.
  4. Masukkan tanah baru jenis topsoil dan lebih baik campurkan dengan sedikit baja tahi ayam baru ummph..hehe. Ini adalah bagi menggantikan tanah lama yang telah dibuang tadi..
  5. Taburkan pula dengan 2 inci pasir di atas permukaan tanah top soil tadi untuk tujuan meratakan permukaan kawasan penanaman rumput ....so nanti jadi sama sekata jer permukaannya baru cantik..takde berlekok2..juga bertujuan mengelakkan becak ketika hujan.
  6. Potong kepingan rumput yang telah dibeli..biasanya saiz asal 2'x2'...kerat2 jadikan kepingan yang lebih kecil dan tanam dengan cara meletakkan sahaja di atas permukaan pasir dengan jarak 2 jengkal jari antara satu sama lain. Cara begini lebih baik dari menempelkan kesemua rumput penuh kerana memberi ruang kepada akar untuk membesar dan hasilnya rumput lebih cantik dan yg paling penting lebih jimat..tapi kena tunggu lama sikit la..tapi kalau nak efect cepat, tempel jer rapat2...
  7. Siram rumput 2 kali sehari...jangan miss siram takut rumput mati sebab baru tanam...
yang teknik saya ajar ini adalah teknik sebenar penanaman rumput...kalau ambik kontraktor landskap pastikan dia buat teknik ini kalau tak kesannya nahhhh...lalang2 lama cepat jer naik balik...mmg agak mahal sikit kosnye berbanding upah mat2 bangla/indon tanam rumput..dia main tempel jer rumput atas tanah...kesannya tanggung ler sendiri...nak maintain payah woo...

Tuesday, January 8, 2013

TIP PEMILIHAN TUMBUH-TUMBUHAN UNTUK LANDSKAP RUMAH ANDA.

Salam sejahtera,
Semalam saya telah berjumpa dengan teman lama yang telah lama terputus hubungan..tup tup masa tengah menunggu makanan yang di order saya telah terserempak dengan beliau…maka terkeluarlah segala cerita2 lama dan tak kurang hebatnya cerita2 baru…cerita punya cerita, akhirnya sampailah ke topik beli rumah baru..rupa2nya kawan saya ni baru sahaja membeli sebuah rumah siap di sekitar Bandar Baru Bangi…dan kebetulan saya ni ‘orang landskap’ maka banyaklah soalan2 yang berkaitan dengan landskap ditanyakan…al maklumlah kawan tengah teruja nak masuk rumah baru..kalau boleh katanya biarlah siap dengan landskap barulah dikatakan 'rumahku syurgaku'.. so di sini saya kongsikan tip-tip yang saya dah bagitau kat dia dan sekarang saya nak berkongsi pula dengan pembaca sekalian..
TIP PEMILIHAN TUMBUH-TUMBUHAN UNTUK LANDSKAP RUMAH ANDA.
Sebagai intro, saya nak bagitau anda,  dalam pemilihan tumbuh-tumbuhan landskap ni banyak faktor perlu diambil kira. Antaranya ialah cuaca/iklim, masa yang anda sanggup habiskan untuk menyenggara tumbuh-tumbuhan tersebut, warna, saiz dan bermacam2 lagi. Ada sesetengah tumbuh-tumbuhan itu pula hanya mekar pada masa2 tertentu dan ada ketikanya anda perlu memberi perhatian khusus dalam musim-musim tertentu. So, di sini saya akan berkongsi beberapa pendekatan dalam pemilihan tumbuh-tumbuhan bagi landskap rumah anda:

1.       Tentukan jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam cuaca/iklim di tempat tinggal anda.

Tumbuhan landskap yang anda pilih harus serasi dengan cuaca dan iklim di mana anda tinggal. Sebagai contoh, jika anda tinggal di kawasan tropika dengan cuaca panas, pokok palm lebih sesuai berbanding pokok pain yang hidup di kawasan yang bersalji dan bersuhu beku. Kalau anda kurang tau bab-bab pokok ni, anda boleh bertanyakan kepada pemilik nursery pokok atau tukang-tukang kebun tentang jenis-jenis pokok yang sesuai dengan iklim negara masing2. Anda juga boleh google kat internet.

2.       Tentukan sama ada anda mahu tumbuh-tumbuhan yang memberi teduhan atau cahaya matahari untuk rumah anda

Pilihlah pokok yang tinggi dan rimbum jika anda inginkan rumah anda teduh dari cuaca panas terik atau anda inginkan rumah anda lebih privasi. Tetapi jika anda lebih sukakan cahaya matahari yang lebih memancar ke rumah pilihlah tumbuh-tumbuhan jenis shrub atau renek. Satu lagi perkara perlu diingatkan..pastikan juga sejauh mana pokok2 tersebut boleh membesar agak tidak melebihi had yang anda inginkan.

3.       Pilih pokok yang anda ada masa untuk uruskan/selenggara.

Sesetengah baka tumbuhan mungkin memerlukan pemangkasan berterusan, air, dan lain-lain jenis penyelenggaraan; ada juga tumbuhan yang berkembang secara semula jadi dengan sedikit penyelenggaraan. Tentukan juga sama ada pokok yang ditanam memerlukan penyenggaraan tambahan atau tidak. Contohnya pokok seperti buluh yang akan meluruhkan daun dalam cuaca tertentu. So, anda kena kerja lebih sikit untuk menyapu..kalau rajin tak ada masalah. Apa-apapun anda boleh bertanyakan lebih lanjut di tapak nursery pokok yang anda kunjungi.

4.       Tentukan sama ada anda ingin tumbuhan berwarna-warni di landskap anda.

Ada di antara kita yang suka sangat tumbuhan yang berwarna-warni atau spesis yang berbunga khususnya para wanita. Apa yang perlu anda lakukan adalah menentukan sama ada tumbuhan tersebut dapat mengekalkan warna/bunganya sepanjang masa atau bermusim. Pilihlah kombinasi warna yang kontras untuk menonjolkan efek yang menarik.

5.       Pilih tumbuhan landskap yang tidak akan mengganggu asas rumah anda.

      Sesetengah pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan boleh berkembang cukup besar di mana akar boleh berlanggar dan akan merosakkan beberapa bahagian rumah anda. Jika anda ingin juga menanam pokok yang berpotensi memberi impak negatif kepada asas rumah anda, maka tanamlah jauh sedikit.

PILIHAN DI TANGAN ANDA..

Monday, December 31, 2012

LANDSCAPE WORKS

Pembinaan Akuarium

Kolam Hiasan

kepakaran membuat batu buatan

FLYERS

This flyer should be distributed everywhere, so people will know about our services. Target for 2013!!!

Sunday, December 30, 2012

KONTRAKTOR LANDSKAP/PEMBINAAN/PENGUBAHSUAIAN KEDIAMAN/PEJABAT

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

SENI BUMI SDN BHD menawarkan perkhidmatan:

Rundingan landskap dan binaan landskap
Bina &Ubahsuai rumah/pejabat

Usah khuatir, kami sentiasa terbuka dalam semua urusan rundingan dan yang paling penting..segalanya mengikut kesesuaian 'budget' anda !!

untuk keterangan lanjut sila hubungi Mr. Eddy 010-2719606 atau emel kami di alamat senibumi@gmail.com

Terima kasih.